Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S'pura mungkin alami jerebu rentas sempadan jika cuaca lebih kering antara Jun dengan Okt

May 8, 2022 | 4:52 PM
Udara di Singapura telah bebas jerebu sejak dua tahun lalu disebabkan oleh fenomena La Nina.
Udara di Singapura telah bebas jerebu sejak dua tahun lalu disebabkan oleh fenomena La Nina. - ST File

Singapura mungkin akan terjejas oleh jerebu rentas sempadan pada separuh kedua tahun ini jika berlaku cuaca kering berpanjangan yang boleh menyebabkan peningkatan tompok panas dan kegiatan jerebu asap di rantau ini.

Ini disebabkan oleh fenomena iklim semula jadi bernama La Nina, yang menyebabkan cuaca lebih sejuk di Asia Tenggara sejak lewat 2020, akan semakin reda pada masa itu nanti, kata Khidmat Meteorologi Singapura (MSS).

Tempoh antara Jun dengan Oktober lazimnya merupakan musim kering di bahagian Asia Tenggara, yang akan menyaksikan corak hujan hampir biasa tanpa berlakunya El-Nino.

El-Nino, yang menyebabkan cuaca lebih panas dan kering di Asia Tenggara mempunyai fenomena bertentangan dengan La Nina.

"Namun cuaca keringan berpanjangan masih boleh berlaku semasa tempoh, menyebabkan tompok panas dan jerebu asap meningkat di kawasan yang mudah terbakar di kawasan ini," kata MSS, yang di bawah Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).

"Bergantung kepada lokasi kebakaran dan arah angin, Singapura mungkin dijejas oleh jerebu asap rentas sempadan semasa tempoh lebih kering," tambah MSS.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg