PEMACUAN Singapura untuk memanfaatkan lebih banyak tenaga bersih daripada matahari sedang dipercepatkan oleh dasar daripada pemaju perindustrian JTC Corporation yang akan meningkatkan pemasangan panel solar di kemudahannya.
JTC kini memerlukan panel solar dipasang untuk peruntukan kemudahan di darat, pelancaran tanah dan tender-tender di semua estet-estetnya, menurut laporan akhbar The Straits Times (ST).
Ini telah diwajibkan sejak April 2020 untuk semua firma yang memenuhi kriteria tertentu, seperti jika mereka mempunyai ruang atas bumbung berhampiran berukuran sekurang-kurangnya 800 meter persegi , kata JTC.
Pemaju memberitahu ST pada Januari bahawa ia menjangkakan purata 40 peruntukan baru dan pembaharuan setiap tahun. Keperluan terbaru ini, serta usaha awal JTC untuk meletakkan panel solar di lot kosong sementara, dijangka menjana lebih daripada 82 megawatt-puncak (MWp) tenaga solar dalam tempoh dua tahun akan datang.
82MWp adalah kira-kira 4 peratus daripada sasaran solar Singapura untuk 2030, di mana Singapura ingin mencapai kapasiti solar terpasang 2 gigawatt-peak (GWp).
Sasaran 2GWp ini - cukup untuk kuasa kira-kira 350,000 isi rumah di sini selama setahun - dijangka membentuk 3 peratus daripada jumlah permintaan elektrik Singapura pada 2030.
Dr Victor Nian, penasihat di Pusat Penyelidikan Tenaga Strategik di Singapura, sebuah badan pemikir bebas yang memfokuskan kepada isu tenaga, berkata: "Walaupun peratusan ini kecil, hartanah perindustrian perlu dianggap sebagai penyumbang penting kepada cita-cita solar Singapura, memandangkan terdapat keterbatasan ruang tanah di negara ini."
Usaha awal pemerintah yang dipanggil program SolarNova - diketuai oleh Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) dan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) - telah dilancarkan pada 2014 untuk mempercepatkan penggunaan sistem panel solar di seluruh blok HDB dan tapak pemerintah.
Jurucakap JTC itu berkata: "Sebagai pemaju industri terkemuka Singapura... JTC bekerjasama dengan pelanggan dan industri kami untuk memasang panel solar di estet kami, yang membolehkan komuniti perniagaan menjana tenaga boleh diperbaharui dan beroperasi dengan lebih mampan."
Pada masa ini, kira-kira 95 peratus tenaga negara dijana melalui pembakaran gas asli, bahan api fosil.
Penggunaan bahan api tersebut membebaskan pelepasan pemanasan planet ke atmosfera. Haba berlebihan ini mendorong perubahan iklim, mengakibatkan suhu lebih panas, peningkatan paras laut dan menyumbang kepada kejadian cuaca yang lebih ekstrem.
Namun, terdapat momentum global yang semakin meningkat untuk berpaling daripada bahan api fosil untuk mengelakkan perubahan iklim yang membawa bencana.
Dr Nian berkata: "Rancangan JTC ini menghantar isyarat penting tentang keperluan untuk menyediakan lebih banyak ruang atas bumbung dan lain-lain supaya Singapura dapat mencapai sasaran 2GWp menjelang 2030."
JTC berkata program SolarRoof kendalian syarikat itu boleh menjadikan penggunaan solar lebih mudah dan lebih mudah diakses oleh firma-firma.
Di bawah skim itu, syarikat boleh memasang panel solar tanpa kos modal pendahuluan.
Mereka boleh menyewa panel solar untuk mendapatkan pada kadar diskaun untuk kuasa yang dijana, atau menyewakan ruang bumbung mereka untuk pemasangan panel solar dan menerima hasil dari sewaan itu," kata JTC.
Kos pendahuluan yang tinggi bagi sistem panel solar dan kebimbangan mengenai sewaan jangka pendek menghalang sebarang pulangan pelaburan merupakan beberapa halangan kepada penggunaan solar yang lebih meluas.
Profesor Subodh Mhaisalkar, pengarah eksekutif Institut Penyelidikan Tenaga Universiti Teknologi Nanyang, berkata untuk Singapura mencapai sasaran 2030, sektor swasta perlu memainkan peranannya.
"Sebagai pemaju industri terkemuka Singapura... JTC bekerjasama dengan pelanggan dan industri kami untuk memasang panel solar di estet kami, yang membolehkan komuniti perniagaan menjana tenaga boleh diperbaharui dan beroperasi dengan lebih mampan." - Jurucakap JTC.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg