Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S'pura perhalusi undang-undang tangani kempen 'maklumat bersikap bermusuhan'

Mar 2, 2021 | 5:30 AM
"Pemerintah sedang mengkaji langkah-langkah di bawah perundangan yang akan membolehkannya memperolehi maklumat untuk menyiasat jika kempen sedemikian dilaksanakan pelaku asing untuk menumbangkan politik domestik, mematahkan penyebarannya dan memberikan mesej balas untuk memberi amaran kepada rakyat Singapura." - Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Cik Josephine Teo.
"Pemerintah sedang mengkaji langkah-langkah di bawah perundangan yang akan membolehkannya memperolehi maklumat untuk menyiasat jika kempen sedemikian dilaksanakan pelaku asing untuk menumbangkan politik domestik, mematahkan penyebarannya dan memberikan mesej balas untuk memberi amaran kepada rakyat Singapura." - Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Cik Josephine Teo. -

SINGAPURA sedang "memperhalusi" undang-undang yang diusulkan untuk menentang kempen maklumat bersikap bermusuhan dan melindungi negara ini daripada ancaman campur tangan asing dalam politik domestiknya.

Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Cik Josephine Teo, berkata negara ini sedang mengkaji "langkah-langkah di bawah perundangan" yang akan membolehkannya memperolehi maklumat untuk menyiasat jika kempen sedemikian dilaksanakan pelaku asing untuk menumbangkan politik domestik, mematahkan penyebarannya dan memberikan mesej balas untuk memberi amaran kepada rakyat Singapura.

Pemerintah sedang meneliti bagaimana negara lain menangani operasi campur tangan yang semakin canggih dan bijak menyamar, tambah beliau semasa bahas Belanjawan bagi Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) semalam.

Menurut seorang jurucakap kementerian, pilihan raya umum tahun lalu telah mengganggu persiapan bagi undang-undang diusulkan untuk menangani campur tangan asing, dan bahawa ia kini sedang memperhalusi undang-undang yang diusulkan.

Cik Teo berkata sementara ancaman pelaku asing yang berusaha menumbangkan politik Singapura sentiasa wujud, bahaya perkara ini telah berkembang.

"Sejak kebelakangan ini, potensi dan keparahannya telah meningkat kerana ia semakin mudah untuk melakukan operasi sedemikian," kata beliau, sambil menambah bahawa kepelbagaian dan keterbukaan Singapura kepada dunia mewujudkan peluang bagi pelaku asing.

Adalah bernasib baik bahawa pilihan raya umum tahun lalu berjalan dengan aman, kata beliau.

Namun, lebih banyak langkah pencegahan yang kukuh terhadap campur tangan asing diperlukan disebabkan perkembangan yang membimbangkan di negara lain.

Beliau memberi contoh bagaimana negara seperti Australia telah melaporkan kejadian di mana kuasa asing cuba mempengaruhi politik mereka dengan membayar parti politik dan ahli politik.

Menurut Institut Dasar Strategik Australia, kes campur tangan asing menerusi siber sejagat dalam pilihan raya telah bertambah daripada tujuh antara 2011 dengan 2015 kepada 41 antara 2016 dengan 2020.

Cik Teo berkata undang-undang yang diusulkan itu juga akan perlu melindungi daripada pengaruh asing terhadap individu dan entiti berpolitik di sini, misalnya, dengan mempertimbangkan apakah tahap ketelusan dalam pendanaan, sokongan dan kepimpinan akan diperlukan, dan dari siapa.

Beliau menambah bahawa orang awam juga perlu memainkan peranan besar dalam perkara ini dengan membantu membentuk langkah-langkah ini dan memberikan sokongan kuat.

"Ia merupakan satu-satunya cara kita boleh secara berkesan mencegah pelaku asing yang tidak baik daripada mengeksploitasikan kelemahan kita," tambah beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg