Premium
S'pura perlu budaya kerja galak majikan jaga pekerja
May 16, 2018 | 5:30 AM

PERLU PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT: Encik Zainal turut menggesa pekerja agar mengubah pemikiran supaya bersedia menghadapi cabaran masa depan, termasuk menambah kemahiran supaya lebih sesuai dengan keperluan yang berubah di tempat kerja. - Foto GOV.SG/YOUTUBE -
SINGAPURA perlu mencipta budaya kerja baru, yang menggalak majikan melindungi kesejahteraan pekerja melebihi kenaikan gaji, kata Encik Zainal Sapari (GRC Pasir Ris-Punggol).
Budaya baru ini boleh dipupuk oleh pemerintah dengan memperkenalkan dasar baru yang menggalak dan memberi insentif kepada syarikat yang mempunyai budaya kerja baik, tambah Encik Zainal, yang juga Penolong Setiausaha Agung Kesatuan Kongres Kesatuan Sekerja Nasional (NTUC).

