Topik diikuti
Pergi ke BHkuS'pura prihatin kapal tentera Indonesia pakai nama askar bom MacDonald House
Premium
S'pura prihatin kapal tentera Indonesia pakai nama askar bom MacDonald House
S'pura prihatin kapal tentera Indonesia pakai nama askar bom MacDonald House

-
Feb 7, 2014 | 6:00 AM
SINGAPURA telah melahirkan rasa prihatin berhubung penamaan kapal tentera laut Indonesia sempena dua askar marin negara itu yang terlibat dalam pengeboman MacDonald House di Orchard Road pada 1965.
Ketika menjawab pertanyaan media, seorang jurucakap Kementerian Ehwal Luar (MFA) berkata Menteri Ehwal Luar, Encik K. Shanmugam, telah bercakap dengan rakan sejawatannya dari Indonesia, Dr Marty Natalegawa, bagi melahirkan keprihatinan Singapura mengenai penamaan kapal tentera laut Indonesia itu dan "kesannya ke atas perasaan rakyat Singapura, terutama keluarga mangsa".
