Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S'pura rancang tandatangan FTA bersama negara Perikatan Pasifik

Dec 13, 2020 | 5:30 AM
KEMAJUAN PENTING: Perdana Menteri Lee Hsien Loong bersama Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan di Sidang Puncak Perikatan Pasifik kelmarin. - Foto KEMENTERIAN PERHUBUNGAN DAN PENERANGAN
KEMAJUAN PENTING: Perdana Menteri Lee Hsien Loong bersama Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan di Sidang Puncak Perikatan Pasifik kelmarin. - Foto KEMENTERIAN PERHUBUNGAN DAN PENERANGAN -

SINGAPURA merancang menandatangani perjanjian perdagangan bebas bersama Perikatan Pasifik, yang merangkumi Chile, Colombia, Mexico dan Peru, tahun depan, setelah membuat kemajuan signifikan terhadap perjanjian itu.

Selepas tiga tahun berundingan, perjanjian perdagangan bebas Perikatan Pasifik-Singapura (PASFTA) telah mencapai "kesimpulan besar", kata Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Lee Hsien Loong, Cik Chang Li Lin, dalam satu kenyataan kelmarin.

Encik Lee menghadiri Sidang Puncak Perikatan Pasifik buat pertama kali kelmarin, menerusi persidangan video, lapor The Straits Times.

Presiden Chile Sebastian Pinera menjadi tuan rumah di Sidang Puncak Perikatan Pasifik ke-15 itu.

Selain Encik Lee, Presiden Columbia Ivan Duque, Presiden Mexico Andres Manuel Lopez Obrador dan Presiden Peru Francisco Sagasti turut menghadiri acara.

Singapura, Chile, Mexico dan Peru juga membentuk sebahagian satu lagi perjanjian perdagangan bebas, Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Perkongsian Trans-Pasifik.

Sidang Puncak Perikatan Pasifik dianjurkan setiap tahun antara negara-negara anggota Chile, Colombia, Mexico dan Peru.

"Perjanjian Perdagangan Bebas Perikatan Pasifik-Singapura akan membolehkan akses, aliran perdagangan dan peluang yang lebih besar untuk perniagaan dan rakyat kita. Saya terdorong bahawa kami telah sebahagian besarnya menyelesaikan rundingan mengenai perjanjian penting ini," kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan Encik Chan Chun Sing dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kementerian itu.

"Ini menandakan babak baru dalam hubungan Singapura dengan anggota Perikatan Pasifik dan akan menjadi laluan bagi kerjasama dan penglibatan yang lebih mendalam bagi negara-negara kita dan wilayah masing-masing."

Blok perdagangan Amerika Latin membentuk ekonomi kelapan terbesar di dunia.

Pada 2019, jumlah perdagangan barang Singapura dengan Perikatan Pasifik adalah $6.1 bilion, yang menyumbang 33.2 peratus perdagangannya dengan Latin Amerika.

Singapura telah dijemput ke sidang puncak itu sebagai Calon Bersekutu Negara Perikatan Pasifik.

Cik Chang mengatakan kemajuan di PASFTA adalah berita baik, terutamanya kerana banyak ekonomi menghadapi cabaran akibat Covid-19.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg