Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S'pura rintis guna bahan api penerbangan lebih mampan tahun depan

Nov 14, 2021 | 5:30 AM
786c6386-e858-4e98-b432-54a06695b23a
-

PENGGUNAAN Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF) akan dirintis di Singapura tahun depan dan dijangka berlangsung selama satu tahun.

Ini menyusuli kajian yang dijalankan oleh pemerintah dan pemain industri tentang daya maju operasi dan komersial penggunaan SAF di Lapangan Terbang Changi.

Penggunaan SAF itu akan dirintis oleh Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dengan kerjasama Singapore Airlines (SIA) dan syarikat pelaburan global yang berpangkalan di sini, Temasek.

Dalam kenyataannya semalam, CAAS berkata, pada Rabu lalu, satu Permintaan Usulan telah dibuat bagi menjemput pembekal bahan api dan pengeluar SAF terpilih agar membangunkan dan melaksanakan rancangan untuk menghantar SAF campuran ke Lapangan Terbang Changi.

"Kemampanan akan menjadi keutamaan sektor penerbangan sedang ia pulih daripada pandemik Covid-19 dan SAF akan menjadi pemboleh kritikal dalam usaha penyahkarbonan sektor itu," kata Ketua Pengarah CAAS, Encik Han Kok Juan.

"Perintis yang akan merangkumi campuran SAF tulen di kemudahan tempatan, pensijilan SAF campuran, dan penghantaran ke Lapangan Terbang Changi merupakan langkah penting untuk mengesahkan secara operasi pilihan penyepaduan SAF di Singapura.

"Ia akan memberi pandangan tentang komponen kos yang menyeluruh, struktur penentuan harga bagi pemulihan kos dan menyokong pertimbangan dasar masa depan untuk pengerahan SAF," tambahnya.

Naib Presiden Kanan Perancangan Korporat SIA, Cik Lee Wen Fen, pula berkata perintis itu akan menyokong komitmen Kumpulan SIA untuk mencapai pelepasan sifar karbon menjelang 2050, mengukuhkan strategi mereka ke arah penyahkarbonan dan kemampanan alam sekitar merentas semua operasinya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg