Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S’pura, Saudi tingkat kerjasama dalam pembangunan kepimpinan, pendidikan, tenaga

Oct 19, 2023 | 1:04 PM
PERERAT IKATAN: Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, bersama delegasinya menghadiri perbincangan meja bundar Saudi-Singapura, yang antara lain disertai wakil kanan daripada pelbagai syarikat Saudi yang telah melahirkan hasrat untuk memperluas kerjasama dengan Singapura dalam pelbagai sektor.
PERERAT IKATAN: Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, bersama delegasinya menghadiri perbincangan meja bundar Saudi-Singapura, yang antara lain disertai wakil kanan daripada pelbagai syarikat Saudi yang telah melahirkan hasrat untuk memperluas kerjasama dengan Singapura dalam pelbagai sektor. - Foto ST

Singapura dan Arab Saudi memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pembangunan kepimpinan dan modal insan; pendidikan teknikal, vokasional dan latihan (TVET); teknologi kewangan (fintech); serta tenaga dan logistik.

Ini hasil beberapa memorandum persefahaman (MOU) dan perjanjian yang dimeterai di sisi lawatan rasmi Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, ke Saudi.

Antaranya termasuk perjanjian untuk membentuk sebuah rangka kerja bagi kerjasama antara Perkhidmatan Awam kerajaan Saudi dengan pemerintah Singapura dalam bidang pembangunan kepimpinan dan modal insan yang ditandatangani Menteri Pendidikan dan Menteri Bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Awam, Encik Chan Chun Sing, serta Setiausaha Agung Pejabat Pengurusan Strategik Saudi, Dr Fahad Al Toonsi.

Kerjasama itu termasuk dalam pembangunan kepimpinan dan latihan, pertukaran pengetahuan antara kakitangan dan peminjaman kakitangan Perkhidmatan Awam.

Satu perjanjian turut dimeterai Saudi dan Singapura di bawah Hala Tuju Kerjasama Tenaga.

Isu tenaga dijangka menjadi topik utama yang akan dibincangkan di Sidang Puncak Asean-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) pada Jumaat, dengan negara Asean berharap harga minyak yang lebih tinggi kini boleh dikurangkan sekiranya satu perjanjian dapat dicapai antara dua blok serantau itu.

Encik Lee akan menghadiri sidang puncak itu, yang juga diadakan buat kali pertama.

Dalam lawatannya ke Saudi, beliau diiringi Encik Chan; Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan; Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; dan Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng.

Encik Lee dan delegasinya turut menghadiri sesi taklimat tentang Visi 2030 Saudi anjuran Pejabat Pengurusan Strategik Saudi pada Rabu, menurut jurucakap Pejabat Perdana Menteri (PMO).

VISI 2030: Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, menghadiri sesi taklimat tentang Visi 2030 Saudi, yang merupakan pelan transformasi utama Saudi di bawah pimpinan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi, Putera Mahkota Mohammed Salman Al Saud.
VISI 2030: Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, menghadiri sesi taklimat tentang Visi 2030 Saudi, yang merupakan pelan transformasi utama Saudi di bawah pimpinan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi, Putera Mahkota Mohammed Salman Al Saud. - Foto ST

Wakil daripada delegasi Saudi termasuk Menteri daripada Kementerian Perdagangan, Pelaburan, Sumber Manusia dan Pembangunan Sosial, Khidmat Logistik dan Pengangkutan, Perancangan dan Ekonomi serta Pendidikan.

Visi 2030 merupakan pelan transformasi utama Saudi di bawah pimpinan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi, Putera Mahkota Mohammed Salman Al Saud, yang antara lain bertujuan mengurangkan kebergantungan negara Teluk itu pada eksport minyak sedang krisis iklim mendorong negara di seluruh dunia mendakap pembangunan mampan.

Pelan yang diumumkan pada 2016 itu meliputi sektor utama termasuk perdagangan, pendidikan, kemampanan, khidmat kewangan dan tenaga yang boleh diperbaharui.

Menurut jurucakap itu, Encik Lee berkata terdapat peluang bagi Singapura menyumbang baik di peringkat sektor privet mahupun di peringkat pemerintah.

Awal dari itu, Encik Lee juga menarik perhatian minat syarikat Singapura dalam bidang pertumbuhan baru di bawah Visi 2030 Saudi ketika beliau bertemu dengan Putera Mahkota Mohammed.

HUBUNGAN DUA HALA: Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, serta Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi, Putera Mahkota Mohammed Salman Al Saud, bincang usaha tingkat hubungan dua hala termasuk dalam bidang perdagangan dan pelaburan, tenaga hijau, ekonomi digital serta pembangunan sektor awam. Semasa pertemuan mereka di Istana Al Yamamah di Riyadh pada Rabu, Encik Lee turut dijamu makan tengah hari oleh Putera Mahkota Mohammed.
HUBUNGAN DUA HALA: Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, serta Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi, Putera Mahkota Mohammed Salman Al Saud, bincang usaha tingkat hubungan dua hala termasuk dalam bidang perdagangan dan pelaburan, tenaga hijau, ekonomi digital serta pembangunan sektor awam. Semasa pertemuan mereka di Istana Al Yamamah di Riyadh pada Rabu, Encik Lee turut dijamu makan tengah hari oleh Putera Mahkota Mohammed. - Foto MCI

Encik Lee dan delegasinya turut menghadiri perbincangan meja bundar Saudi-Singapura anjuran Menteri Pelaburan Saudi, Encik Khalid Al Falih.

PERLUAS KERJASAMA: Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, bersama delegasinya menghadiri perbincangan meja bundar Saudi-Singapura, yang antara lain disertai wakil kanan daripada pelbagai syarikat Saudi yang telah melahirkan hasrat untuk memperluas kerjasama dengan Singapura dalam pelbagai sektor.
PERLUAS KERJASAMA: Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, bersama delegasinya menghadiri perbincangan meja bundar Saudi-Singapura, yang antara lain disertai wakil kanan daripada pelbagai syarikat Saudi yang telah melahirkan hasrat untuk memperluas kerjasama dengan Singapura dalam pelbagai sektor. - Foto ST

Perbincangan itu antara lain disertai wakil kanan daripada pelbagai syarikat Saudi yang telah melahirkan hasrat untuk memperluas kerjasama dengan Singapura dalam pelbagai sektor.

Ini termasuk dalam bidang pertanian, ekonomi digital dan inovasi, khidmat kewangan, tenaga dan petrokimia serta pengangkutan dan logistik.

Menurut jurucakap PMO, Encik Lee mengalu-alukan syarikat Saudi untuk memanfaatkan Singapura sebagai pintu masuk untuk meneroka peluang perniagaan di Asia.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg