Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S'pura sedang berhubungan dengan HK tentukan sama ada gelembung udara diteruskan: CAAS

Nov 20, 2020 | 10:14 PM
PERBINCANGAN MASIH DIJALANKAN: Pemerintah Singapura dan Hong Kong sedang berhubung rapat bagi menentukan sama ada gelembung  udara Singapura-Hong Kong akan diteruskan sebagaimana yang dirancang, jelas Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dalam kenyataannya pada Jumaat (20 November). - Foto CHINESE MEDIA GROUP
PERBINCANGAN MASIH DIJALANKAN: Pemerintah Singapura dan Hong Kong sedang berhubung rapat bagi menentukan sama ada gelembung  udara Singapura-Hong Kong akan diteruskan sebagaimana yang dirancang, jelas Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dalam kenyataannya pada Jumaat (20 November). - Foto CHINESE MEDIA GROUP -

PEMERINTAH Singapura dan Hong Kong sedang berhubung rapat bagi menentukan sama ada gelembung udara Singapura-Hong Kong akan diteruskan sebagaimana yang dirancang, jelas Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dalam kenyataannya pada Jumaat (20 November).

Beberapa anggota awam bertanya jika penerbangan gelembung udara yang dilancarkan buat julung-julung kalinya pada Ahad akan diteruskan, memandangkan terdapat 26 kes jangkitan Covid-19 baru yang dilaporkan pada Jumaat di negara itu.

Setiausaha Kesihatan Hong Kong, Cik Sophia Chan, malah menganggap situasi itu sebagai "meruncing", kata CAAS lagi.

Menjawab pertanyaan media, CAAS menyatakan ia sedang bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan (MOH) bagi mengumpulkan fakta dan "akan memaklumkan kepada orang awam tidak lama lagi" mengenai sama ada penerbangan sulung di bawah gelembung udara itu akan diteruskan pada Ahad. - The Straits Times

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg