Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S'pura tarik balik telur kebun M'sia kerana pencemaran bakteria salmonella

Mar 14, 2021 | 2:41 PM
Foto LAMAN LAY HONG BERHAD, AGENSI MAKANAN SINGAPURA
Foto LAMAN LAY HONG BERHAD, AGENSI MAKANAN SINGAPURA -

TELUR dari kebun ternakan ayam, Lay Hong Berhad Layer Farm Jeram di Malaysia, telah ditarik balik oleh Agensi Makanan Singapura (SFA) setelah ia mengesan wujudnya bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan bawaan makanan.

SFA telah mengarahkan beberapa pengimport agar menarik balik telur yang mempunyai kod kebun "CESoo8" padanya setelah menemui jangkitan bakteria Salmonella enteritidis (SE) yang boleh menyebabkan penyakit jika makanan itu dimakan mentah atau kurang masak.

Pihak berkuasa Malaysia pada Ahad (14 Mac) menyatakan ia sedang memantau keadaan.

Pengimport yang terbabit adalah Ang Seng Eggs Supplier, Dasoon, Heng Guan Food Industrial dan Lam Leng Trading.

Dalam kenyataannya, SFA berkata:

"Kebun ternakan ini juga digantung sehingga ia menjelaskan dan menghurai isu pencemaran SE ini."

Bakteria ini boleh wujud dalam telur serta kulitnya. SFA menasihati orang ramai yang telah membeli telur ini agar memasaknya betul-betul sebelum makan kerana habanya menghapuskan bakteria.

SE boleh bertahan dalam telur mentah dan kurang masak serta boleh menyebabkan jangkitan bawaan makanan, tambah SFA.

Antara tanda penyakit termasuk cirit-birit, sakit perut, demam, mual dan muntah.

"Sedang kita tidak dapat mengesan jika telur ini dicemari hanya dengan melihatnya, kita boleh mengurangkan risiko jangkitan SE dengan memastikan telur ini dimasak betul-betul hingga putih telur dan kuningnya pejal di samping mengamalkan kebersihan bagi mengelakkan pencemaran bersilang dengan makanan lain," kata SFA.

Agensi ini juga menasihati sedang jangkitan SE ini biasanya pulih dalam masa seminggu bagi kebanyakan orang, ia boleh menyebabkan jangkitan serius pada golongan tertentu seperti warga emas, anak kecil dan mereka yang mempunyai sistem daya tahan yang kian lemah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg