Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S'pura terima bekalan telur pertama dari Poland

Jun 5, 2020 | 2:45 PM
TERIMA BEKALAN: (Dari kiri ke kanan) Ketua Pegawai Eksekutif Makanan Singapura, Encik Lim Kok Thai; Duta Besar Poland, Cik Magdalena Bogdziewicz; Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Chan Chun Sing; Pengimport telur, Encik Chua Teck Hock; dan Duta Besar Bukan Pemastautin Singapura ke Poland, Dr Loo Choon Yong, di gudang pengimport telur, hari ini.
TERIMA BEKALAN: (Dari kiri ke kanan) Ketua Pegawai Eksekutif Makanan Singapura, Encik Lim Kok Thai; Duta Besar Poland, Cik Magdalena Bogdziewicz; Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Chan Chun Sing; Pengimport telur, Encik Chua Teck Hock; dan Duta Besar Bukan Pemastautin Singapura ke Poland, Dr Loo Choon Yong, di gudang pengimport telur, hari ini. - - Foto: MTI

SINGAPURA menerima penghantaran bekalan telur pertama dari Poland hari ini, menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dalam kenyataannya.

Menurut MTI, Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Chan Chun Sing bersama-sama Duta Besar Poland, Cik Magdalena Bogdziewicz serta Duta Bukan Pemastautin ke Poland, Dr Loo Choon Yong, telah mengunjungi gudang pengimport Singapura hari ini untuk menerima penghantaran pertama telur ayam dari Poland.

Telur tersebut akan dijual ke restoran dan peruncit F&B yang lain.

Ini adalah kali pertama Singapura mengimport telur dari Poland.

"Ia adalah hasil konkrit Kenyataan Bersama Menteri yang dikeluarkan oleh Singapura dan Poland pada 29 Mei 2020 untuk mengesahkan komitmen mereka untuk memperkukuhkan kerjasama ekonomi," menurut kenyataan MTI.

Ini juga merupakan sebahagian daripada usaha Singapura untuk mempelbagaikan sumber bekalan makanannya untuk memastikan bekalan makanan kita kekal berdaya tahan, tambah kementerian itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg