Topik diikuti
Pergi ke BHkuS'pura teroka guna tenaga nuklear jelang 2050: EMA

S'pura teroka guna tenaga nuklear jelang 2050: EMA
TENAGA nuklear, yang sebelum ini dianggap tidak sesuai untuk Singapura, dikenal pasti sebagai sumber tenaga yang berpotensi digunakan negara ini menjelang 2050, menurut satu laporan baru yang diterbitkan semalam.
Laporan yang dijalankan atas permintaan Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) itu menyatakan tenaga nuklear boleh membekalkan kira-kira 10 peratus keperluan negara sebelum 2050.
Kemajuan teknologi nuklear telah menjadikannya lebih selamat dan dipercayai, menurut laporan itu.
Potensi penggunaan tenaga nuklear dalam campuran kuasa Singapura telah dikenal pasti sebagai satu daripada tiga senario dalam laporan Jawatankuasa Tenaga 2050.
Tiga senario berbeza itu mengambil kira ketidaktentuan dalam geopolitik dan seberapa pantas teknologi tenaga bersih muncul dalam talian.
Tenaga nuklear disebut sebagai penyumbang kepada campuran kuasa Singapura dalam senario di mana dunia berpecah-belah secara geopolitik tetapi kemajuan teknologi semakin pesat dalam dekad-dekad mendatang.
Dunia yang berpecah-belah menjadikan ia sukar untuk negara-negara bekerjasama bagi mencapai matlamat iklim mereka.
Ini menjadikan perkongsian import elektrik dalam campuran bekalan tenaga Singapura agak terhad disebabkan pembangunan grid serantau yang perlahan, kata laporan itu.