SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

S'pura tidak import daging lembu, kambing beku dari M'sia

S'pura tidak import daging lembu, kambing beku dari M'sia

Dec 31, 2020 | 5:30 AM

S'pura tidak import daging lembu, kambing beku dari M'sia

ed512048-4dd8-4704-94e9-e15483dce023
-

SINGAPURA tidak mengimport daging lembu dan kambing beku, termasuk yang halal, dari Malaysia.

Mengesahkan demikian ketika ditanya Berita Harian (BH), Agensi Makanan Singapura (SFA) berkata Malaysia mendapat pengiktirafan untuk mengeksport daging dan produk daging tertentu sahaja ke Singapura.

Ia adalah daging ayam itik beku dan diproses; daging diproses (lembu, kambing, babi) dan daging babi sejuk/beku.

Daging diproses merujuk kepada daging yang disalai, diasin, diawet atau yang di dalam tin, seperti sosej dan nuget.

Muis menyatakan ia mempunyai proses berkesan untuk memastikan daging diimport yang diiktiraf badan pensijilan asing memenuhi keperluan yang ditetapkan.

Hanya daging dan produk daging daripada perniagaan luar negara yang diiktiraf SFA boleh diimport ke Singapura, kata kenyataan Muis menjawab soalan BH.

SFA berkata Malaysia juga diberi pengiktirafan bagi pengeksportan ayam dan itik hidup yang diternak bagi pengeluaran daging dari Malaysia Barat sahaja, dan juga babi hidup dari Sarawak, Malaysia Timur, saja.

Haiwan tersebut kemudian disembelih di rumah penyembelihan di sini yang diberi lesen oleh SFA.

"Semua produk daging dan ayam/itik/babi hidup dari Malaysia mesti datang dari perniagaan yang diiktiraf SFA," kata agensi itu.

Laporan lanjut:

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg