Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S'pura tuan rumah anugerah alam sekitar global Putera William

May 16, 2023 | 5:30 AM
MAJLIS ANUGERAH: Putera William berkata beliau "berbesar hati" bahawa majlis Anugerah Earthshot akan diadakan di Singapura. - Foto EPA-EFE
MAJLIS ANUGERAH: Putera William berkata beliau "berbesar hati" bahawa majlis Anugerah Earthshot akan diadakan di Singapura. - Foto EPA-EFE -

SEBUAH anugerah alam sekitar global yang diasaskan oleh Putera William dari Britain akan mengadakan majlis anugerah tahunannya di Singapura pada November.

Anugerah Earthshot, yang bertujuan memacu perubahan bagi membaiki dan menjana semula alam ini, akan memberi wang tunai berjumlah satu juta paun ($1.7 juta) kepada lima pemenang untuk meningkatkan skala projek inovasi alam sekitar mereka pada masa akan datang.

"Anugerah Earthshot diadakan untuk menunjukkan bahawa huraian bagi cabaran alam sekitar sudah berada di luar sana," kata Putera William dalam sebuah kenyataan pada Isnin.

"Selepas dua tahun menemui idea dan inovasi yang berkesan, saya amat gembira bahawa Anugerah Earthshot akan ke Singapura, di mana huraian-huraian inovatif Finalis 2023 kami akan diraikan."

Majlis penyampaian anugerah sulung telah diadakan di London dan seterusnya di Boston.

Mulai 6 November, pemimpin global, perniagaan dan pelabur akan berjumpa dengan pemenang dan finalis di Singapura, untuk meneroka usaha niaga yang bertujuan membawa "tindakan ketara" bagi memulihkan alam ini, kata penganjur acara tersebut pada Isnin.

Majlis ini akan menampilkan persembahan oleh pemuzik dan artis "terkenal dunia".

Pada tahun-tahun sebelumnya, majlis ini telah mengacarakan persembahan oleh artis terkenal seperti Billie Eilish, Ed Sheeran, Coldplay dan Shawn Mendes.

Anugerah ini disokong oleh organisasi dermawan, Temasek Trust; syarikat pelaburan, Temasek; platform pelaburan penyahkarbonan, GenZero; pertubuhan alam sekitar tidak meraih untung, Conservation International; dan Standard Chartered Bank.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg