Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

S’pura tubuh pusat inovasi penerbangan bagi tangani kapasiti, pelepasan karbon

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura tubuh pusat inovasi penerbangan bagi tangani kapasiti, pelepasan karbon

Jan 10, 2024 | 06:17 PM



Singapura telah menubuhkan Pusat Inovasi Penerbangan Antarabangsa (ICAI) untuk memanfaatkan teknologi dalam usaha menangani kekurangan kapasiti dan tenaga kerja, serta keperluan untuk mengurangkan pelepasan karbon di tengah-tengah peningkatan permintaan perjalanan udara.

Pusat itu akan menjalankan projek penyelidikan dan pembangunan dalam empat bidang utama: perkhidmatan pengemudian udara generasi akan datang, lapangan terbang automatik dan pintar, sistem penerbangan tanpa pemandu, dan penerbangan mampan.

Sebagai permulaan, ia akan memiliki dana $140 juta untuk kerja berkaitan dengan perkhidmatan pengemudian udara generasi akan datang di bawah Program Transformasi Penerbangan Singapura 2.0.

Pusat itu di bawah inisiatif Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS), akan menggunakan dana daripada Yayasan Penyelidikan Nasional Singapura untuk membangunkan konsep baru operasi dan prototaip, meningkatkan ekosistem institut penyelidikan, dan melatih penyelidik, saintis dan jurutera untuk mempertingkat perkhidmatan pengemudian udara generasi masa depan.

CAAS, yang memperkenalkan ICAI semasa sidang media pada 10 Januari, akan juga meneroka dalam susunan yang sama untuk tiga aspek utama lain yang menjadi fokus pusat tersebut yang terdiri daripada 20 anggota. ICAI akan mendapatkan sokongan dana daripada rakan kongsi lain juga.

Dengan menggunakan pendekatan ‘vendor-agnostik’, yang bermaksud pusat tersebut tidak terikat kepada pembekal tertentu, ia akan membangunkan penyelesaian dengan prinsip seni bina terbuka untuk menyokong kebolehoperasian merentas piawaian yang berbeza.

Pusat yang berpangkalan di Singapura itu akan memberi tumpuan kepada rantau Asia-Pasifik, dengan permintaan perjalanan udara dijangka berkembang dengan pesat dalam beberapa dekad akan datang.

Ia akan bekerjasama dengan pemerintah, industri dan institut penyelidikan di seluruh dunia untuk berkongsi risiko, mengumpulkan kepakaran dan sumber serta membangunkan bersama penyelesaian untuk rantau ini.

Ketua pengarah CAAS, Encik Han Kok Juan, telah dilantik sebagai pengerusi lembaga ICAI.

Encik Patrick Ky, mantan pengarah eksekutif Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah, ialah ketua pegawai eksekutif pengasas ICAI.

Encik Han berkata, sektor penerbangan perlu berinovasi tetapi pembangunan teknologi dalam persekitaran penerbangan yang kompleks dan kritikal dari segi keselamatan melibatkan kos yang tinggi.

“Kerjasama rentas sempadan dan sektor awam-swasta akan membantu kami mengurangkan risiko pelaburan dan mempercepatkan penggunaan,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >