Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S’pura ucap tahniah kepada Kemboja atas 60 tahun hubungan diplomatik

Sep 15, 2025 | 7:23 PM
lawrence wong, hun manet, phnom penh, kemboja, singapura, diplomatik
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong (kiri) dan Perdana Menteri Kemboja, Encik Hun Manet, semasa majlis makan tengah hari rasmi di Istana Keamanan, Phnom Penh, Kemboja, pada 2 Julai. - Foto fail

Para pemimpin Singapura merakamkan ucapan tahniah kepada para pemimpin Kemboja pada 15 September, sempena ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik kededua negara.

Dalam sepucuk surat kepada Raja Norodom Sihamoni, Presiden Tharman Shanmugaratnam menekankan persahabatan lama yang telah terjalin antara kededua negara, yang berkembang daripada hubungan rapat mantan raja Kemboja, Raja Norodom Sihanouk dan perdana menteri pengasas Singapura, mendiang Lee Kuan Yew.

“Pengiktirafan awal Kemboja terhadap kemerdekaan Singapura telah menjadi asas kepada hubungan yang dibina atas kepercayaan dan saling menghormati,” kata Tuan Presiden.

“Sejak beberapa dekad lalu, kerjasama kita semakin kukuh melalui penglibatan aktif dan kerjasama dalam pelbagai bidang.

“Saya yakin hubungan erat ini akan terus berkembang demi manfaat rakyat kita,” tambah beliau.

Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, dalam suratnya kepada Perdana Menteri Kemboja, Encik Hun Manet, menegaskan bahawa Singapura dan Kemboja berkongsi “kerjasama yang mendalam dan berkekalan, berasaskan sifat saling menghormati, saling mempercayai dan kerjasama rapat”.

Beliau menambah bahawa hubungan kedua-dua negara telah berkembang secara berterusan sejak kemerdekaan Singapura pada 1965, merangkumi bidang seperti perdagangan, transformasi digital dan keselamatan makanan, lapor The Straits Times (ST).

Encik Wong berkata beliau yakin bahawa kerjasama antara kededua negara akan “terus berkembang pada tahun-tahun mendatang dan membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara”.

“Saya berharap dapat bekerjasama rapat dengan anda (Encik Hun) untuk terus memperkukuh kerjasama kita, sama ada secara dua hala mahupun dalam Asean,” tambah Encik Wong.

Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, turut menulis surat kepada rakan sejawatannya dari Kemboja, Encik Prak Sokhonn.

Dalam suratnya, Dr Balakrishnan menumpukan kerjasama yang semakin kukuh antara kedua-dua negara sejak 1965, dan berkata: 

“Hubungan ekonomi yang erat, ikatan erat antara rakyat, serta perkongsian yang semakin berkembang dalam pembangunan modal insan, telah memperkukuh kerjasama kita, manakala bidang kerjasama baru dalam tenaga dan keselamatan makanan memperkukuh lagi hubungan kita.”

Dr Balakrishnan menambah bahawa kededua negara telah bekerjasama rapat untuk menggalakkan kestabilan dan pertumbuhan serantau sebagai anggota Asean.

“Saya yakin hubungan Singapura-Kemboja akan mencapai tahap yang lebih tinggi pada tahun-tahun mendatang,” tambah Dr Balakrishnan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg