Topik diikuti
Pergi ke BHkuSRV boleh diguna hingga Mac 2022
SRV boleh diguna hingga Mac 2022
WARGA Singapura kini boleh menggunakan Baucar Teroka Semula Singapura (SRV) yang boleh digunakan untuk menempah penginapan hotel, tiket ke tempat tarikan dan lawatan hingga 31 Mac 2022, kata Lembaga Pelancongan Singapura (STB). Namun, mereka harus membuat tempahan itu sebelum 31 Disember. Skim tersebut sepatutnya berakhir pada 31 Disember, dengan kesemua pengalaman yang ditempah menggunakan SRV harus berlangsung sebelum tarikh itu. Namun menerusi satu kenyataan pada Isnin (22 November), STB berkata mereka faham bahawa sesetengah warga tidak dapat menggunakan baucar itu disebabkan jumlah saiz kumpulan yang dikurangkan dan had jumlah pengunjung di beberapa tempat. Oleh itu, langkah ini akan membolehkan lebih ramai warga Singapura menggunakan SRV mereka.