Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Staf Citi S'pore boleh kerja luar pejabat hingga 2 hari seminggu

Jul 19, 2022 | 5:30 AM
d94bd210-7126-4c06-a8d1-2ebd1c68066f
-

SYARIKAT perbankan Citi Singapore akan membenarkan kebanyakan kakitangannya bekerja di luar pejabat sehingga dua hari seminggu, sejajar dengan peralihan global bank Amerika itu ke arah aturan kerja fleksibel.

Langkah itu akan berkuat kuasa menjelang suku ketiga tahun ini dan merangkumi 90 hingga 95 peratus kakitangan di sini yang boleh melaksanakan beberapa tugasan mereka di luar pejabat, walaupun beberapa pasukan telah mula melakukannya.

Ketua sumber manusia Citi, Cik Sara Wechter, yang berpangkalan di New York, berkata melakukan tugas di luar pejabat konsep baru sebelum pandemik, namun ia kini perkara yang sering diketengahkan kakitangan yang ingin tahun alasan mereka perlu bekerja di pejabat.

Beliau berkata demikian kepada The Straits Times dalam satu lawatan ke Singapura baru-baru ini.

Citi menggajikan 240,000 orang di seluruh dunia, termasuk 8,500 kakitangan sepenuh masa dan kontrak di Singapura.

Ia mengumumkan model kerja fleksibelnya Mac tahun lalu dan melancarkannya secara berperingkat, dengan Singapura antara negara pertama di Asia melancarkannya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg