Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Staf hotel dijel 3 bulan curi $5,000 dari peti besi di bilik tetamu

Jul 15, 2022 | 5:30 AM
a6140302-801c-4651-ae93-cd35ebe332d4
-

SEORANG kakitangan pembersihan di Hotel Fairmont mencuri hampir $5,000 wang tunai yang disimpan di peti besi di dalam bilik tetamu.

Wang yang dimasukkan di dalam sampul merah itu sepatutnya diberikan kepada anak mangsa yang mengadakan acara perkahwinan mereka di hotel yang terletak di Bras Basah itu.

Saravanan Kannan, 50 tahun, yang berasal dari Malaysia, mengaku bersalah kelmarin atas tuduhan mencuri dan dipenjara selama tiga bulan.

Dokumen mahkamah tidak menyatakan sama ada Saravanan masih bekerja di hotel itu ataupun tidak.

Mahkamah diberitahu bahawa mangsa itu, Cik Kuo Mei-Yi, 60 tahun, tiba di Singapura dari Taiwan pada 24 April tahun ini bersama kakaknya untuk menghadiri majlis perkahwinan anaknya.

Cik Kuo meletakkan hampir $20,000 wang tunai dolar Singapura dan mata wang Taiwan yang beliau ingin berikan kepada anak lelakinya ke dalam empat paket merah di dalam peti besi di bilik hotelnya.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Ghopinath Kalimuthu berkata siasatan mendapati Saravanan memasuki bilik mangsa untuk membersihkan bilik itu pada 1.30 petang, 26 April.

DPP berkata:

"Semasa dia berada di dalam bilik, dia menyedari peti besi itu tidak dikunci dan terdapat beberapa sampul merah di dalam peti besi itu.

"Dia melihat ke dalam sampul merah dan mendapati wang tunai di dalamnya."

Saravanan mengambil sebahagian daripada wang tunai itu yang berjumlah hampir $5,000 dan kemudian menukar $1,100 wang itu kepada ringgit Malaysia sebelum dia berbelanja di Malaysia.

Apabila Cik Kuo kembali ke bilik itu, beliau melihat peti besi itu tidak dikunci tetapi tidak berasa curiga ketika itu kerana kelihatan semua sampul merah berada di dalam peti besi itu.

Cik Kuo kemudiannya memberikan paket merah yang pertama kepada anaknya semasa majlis perkahwinan mereka yang berlangsung malam itu.

Beliau kemudiannya mendapat panggilan daripada menantunya yang menanyakan mengapa beliau memberikan mereka jumlah wang yang ganjil iaitu $7,401.

DPP berkata: "Cik Kuo menyedari bahawa jumlah wang itu berlainan daripada jumlah yang beliau masukkan ke dalam sampul merah yang pertama. Justeru, beliau memutuskan memeriksa baki paket merah di dalam peti besi itu."

Beliau mendapati kira-kira mata wang Taiwan NT$50,000 ($2,340) telah hilang daripada sampul merah kedua dan ketiga dan terus melaporkan kecurian itu kepada polis dan pihak keselamatan hotel itu.

Saravanan kemudian ditemu bual dan mengaku telah melakukan kecurian itu.

Polis dapat mengambil kembali sekitar $1,500 dolar Singapura dan $50,000 dalam mata wang Taiwan daripada tertuduh dan memulangkan wang tunai itu kepada Cik Kuo.

Pihak pengurusan hotel memulangkan baki $1,100 kepadanya dan menolak jumlah itu daripada gaji Saravanan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg