Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Staf My First Skool di Westgate antara 4 warga S'pura dijangkiti Covid-19

May 22, 2020 | 11:22 PM
e7c824d7-5395-4727-bb8e-25cd0cc8408c
-

SEORANG kakitangan prasekolah My First Skool di Westgate antara empat warga Singapura yang dilapor dijangkiti Covid-19 pada Jumaat (22 Mei). Wanita berusia 58 tahun itu dijangkiti koronavirus pada 8 Mei, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya. Sumber jangkitan wanita itu masih belum dikenal pasti. Begitu juga sumber jangkitan satu lagi kes warga Singapura - seorang wanita berusia 50 tahun. Lagi dua kes baru melibatkan dua lelaki warga Singapura berusia 35 dan 37 tahun, yang dijejaki ke kelompok di dormitori CDPL Tuas yang kini dikaitkan dengan 617 kes. Dalam pada itu, baki 600 daripada 614 kes baru pada Jumaat melibatkan pekerja asing yang tinggal di dormitori. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Singapura 30,426. Seramai 23 pesakit telah meninggal dunia akibat Covid-19. Seramai 838 pesakit pula telah dibenar pulang dari hospital atau pusat pengasingan masyarakat. Sejumlah 12,955 pesakit telah pulih dan dibenar pulang setakat ini. Lagi 798 pesakit masih di hospital, termasuk lapan yang berada dalam jagaan rapi. Seramai 16,650 pesakit yang menunjukkan simptom ringan, atau berada dalam keadaan sihat meskipun diuji positif sedang diasingkan dan dijaga di kemudahan masyarakat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg