Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Star Living buka ibu pejabat, gudang canggih hasil geran EnterpriseSG

Oct 24, 2023 | 5:47 PM
DIRASMI:  Star Living buka ibu pejabat baru di Sungei Kadut pada Selasa.
DIRASMI: Star Living buka ibu pejabat baru di Sungei Kadut pada Selasa. - Foto STAR LIVING

Sebuah jenama perabot setempat, yang membuka ibu pejabat barunya di Sungei Kadut pada Selasa menjadi gudang perabot tercanggih di Singapura hasil sokongan Geran Pembangunan Perusahaan daripada Enterprise Singapore (EnterpriseSG).

Bangunan seluas 19,050 meter persegi itu akan menggabungkan teknologi dipacu peralatan ‘Internet-of-Things’ IoT dalam usaha meningkatkan kecekapan operasi dan keselamatan pekerja.

Ini termasuk penggunaan Sistem Pengurusan Gudang (WMS) dengan Kenderaan Berpandu Sendiri (AGV) dan Pengangkutan Mudah Alih, meningkatkan kecekapan dan kapasiti penyimpanan sebanyak 50 peratus.

Ia kini mempunyai gudang automatik dan bilik pameran perabot di bangunan setinggi tujuh tingkat itu.

Majlis perasmian itu turut dihadiri oleh tetamu terhormat, Menteri Negara (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Perdagangan dan Perusahaan), Cik Low Yen Ling.

Pengarah Divisyen Runcit dan Reka Bentuk EnterpriseSG, Cik Sarah Ler, berkongsi:

“Ibu pejabat dan gudang baru Star Living adalah contoh bagaimana syarikat boleh menggunakan inovasi dan pendigitalan untuk mengatasi cabaran tenaga manusia dan ruang serta meningkatkan daya saing mereka dengan memperkemas operasi dan meningkatkan kemahiran pekerja.”

Kejayaan merangkul anugerah emas GreenMark membuktikan bahawa syarikat seperti Star Living boleh mengusahakan amalan lebih hijau tanpa menjejaskan kecekapan operasi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg