Topik diikuti
Pergi ke BHkuProgram pemulihan libatkan masyarakat bantu bekas banduan ubah kehidupan
BERSEPADU SEMULA: Ketua Kanan Warder 1 (SCW1) Norjehan Mohammad Azhar, yang juga pegawai penyepaduan semula yang memantau Program Berasaskan Masyarakat (Skim Pelepasan Kerja) sedang berbual dengan Encik Ahmad (bukan nama sebenar) yang menjalani skim tersebut ketika berada di akhir tempoh hukumannya. - Foto WANBAO -
Feb 27, 2019 | 5:30 AM
EMPAT kali beliau keluar masuk penjara, namun ia belum dapat menginsafkan Encik Ahmad (bukan nama sebenar) daripada terus terjebak dalam jenayah.
Hanya apabila meringkuk di penjara kali kelima dan menjalani hukuman dua setengah tahun gara-gara menyeludup lebih 700 karton rokok kontraban, baru beliau mula mengubah sikapnya.
