Premium
STB jalin kerjasama bagi pemasaran domestik $2j
Kerjasama STB dengan Klook, platform tempahan pelancongan akan dorong perniagaan bangun produk, pengalaman baru
Sep 15, 2020 | 5:30 AM
PEMASARAN: Lembaga Pelancongan Singapura (STB) telah melancarkan perkongsian pemasaran domestik bernilai $2 juta semalam. - Foto AFP -
BAGI memacu usaha mempromosikan tawaran bercuti dalam negeri dan meneroka semula Singapura di bawah kempen SingapoRediscovers, Lembaga Pelancongan Singapura (STB) melancarkan perkongsian pemasaran domestik bernilai $2 juta semalam.
Di bawah perkongsian bersama platform tempahan pelancongan Klook itu, ia akan mendorong perniagaan - yang terdiri daripada hotel, tempat tarikan, pengendali lawatan dan tempat makan - untuk membangunkan produk dan pengalaman baru.

