Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

STB kekal yakin potensi pelancongan Daerah Tasik Jurong

Jul 5, 2023 | 6:44 PM
MASIH DIYAKINI: Lakaran artis memaparkan Daerah Tasik Jurong yang dibangunkan.
MASIH DIYAKINI: Lakaran artis memaparkan Daerah Tasik Jurong yang dibangunkan. - Foto URA

Lembaga Pelancongan Singapura (STB) kekal yakin dengan potensi pelancongan di Daerah Tasik Jurong (JLD) walaupun ia tidak menerima saranan bagi membangun tapak pelancongan bersepadu di sana, kata Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan) Cik Low Yen Ling.

Pada Mac 2022, STB melancarkan satu permintaan bagi saranan (RFP) bagi pembangunan tapak pelancongan bersepadu di atas satu tapak seluas 6.8 hektar bersebelahan Tasik Jurong.

Ia ditutup pada Oktober 2022 tanpa sebarang saranan diterima.

Menurut Cik Low, STB kekal yakin dengan potensi pelancongan di kawasan itu kerana antara lain, ia bersebelahan dengan Pusat Sains baru dan Taman Tasik Jurong, tambahnya.

Beliau berkata demikian dalam responsnya kepada Anggota Parlimen (AP) Encik Ang Wei Neng (GRC West Coast), yang meminta kemas kini tentang pembangunan tersebut.

“Kami sedang memantau sentimen pasaran dan meneroka kemungkinan lain untuk memanfaatkan potensi ini,” kata beliau.

“Perang di Ukraine, ditambah pula dengan ekonomi sejagat yang perlahan, menghasilkan satu persekitaran ekonomi tidak menentu semasa tempoh itu, terutamanya bagi sektor pelancongan,” kata Cik Low.

Namun, STB masih yakin dengan potensi pelancongan di tapak tersebut, memandangkan ia berdekatan dengan Pusat Sains yang baru serta Taman Tasik Jurong, tambahnya.

“Kami akan memantau sentimen pasaran dan meneroka kemungkinan lain untuk memupuk potensi ini.”

Encik Ang berkata bahawa beliau akur bahawa para penduduk berdekatan sedang menantikan pembangunan pelancongan itu bukan sekadar untuk hiburan malah peluang pekerjaan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg