Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Stesen MRT Joo Koon lebih sesak sedang khidmat ke Tuas Link digantung

Nov 16, 2017 | 3:21 PM
LEBIH SESAK: Stesen MRT Joo Koon sesak dengan penumpang kerana khidmat dari Joo Koon ke Tuas Link digantung - Foto ST
LEBIH SESAK: Stesen MRT Joo Koon sesak dengan penumpang kerana khidmat dari Joo Koon ke Tuas Link digantung - Foto ST -

WAKTU sibuk di stesen MRT Joo Koon ternyata lebih sesak berbanding biasa sedang perkhidmatan antara stesen tersebut dengan Tuas Link digantung.

Penggantungan itu diambil sehari selepas satu masalah teknikal pada sistem isyarat barunya di laluan tersebut sehingga menyebabkan satu insiden melibatkan dua buah tren semalam.

Terdapat tiga stesen lain antara Joo Koon dengan Tuas Link.

Perkhidmatan penghubung bas yang akan beroperasi sepanjang hari disediakan bagi para penumpang yang menuju ke stesen-stesen yang terjejas, dan kakitangan SMRT berada di sana untuk membantu.

Secara umumnya, arahan yang diberi ternyata jelas dan kebanyakan penumpang berkata mereka dapat menukar dengan menaiki bas tanpa masalah.

"Ia memang lebih sesak berbanding biasa," kata jurutera Encik Wang Hai, 38 tahun yang berada dalam tren yang terlibat dalam insiden itu semalam.

Seorang jurutera jualan berusia 27 tahun, yang hanya memberikan namanya sebagai Encik Goh, berkata beliau terlewat ke tempat kerja memandangkan beliau hanya dapat tahu tentang penggantungan perkhidmatan itu sejurus sebelum meninggalkan rumahnya pada 6.45 pagi.

"Kini saya terpalsa naik teksi ke tempat kerja. Biasanya saya turun di Gul Circle yang terletak satu stesen selepas Joo Koon.

"Saya tahu ia akan mengambil masa untuk selesaikan masalah sistem ini, tapi rasanya SMRT perlu kerja keras sedikit," katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg