Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Studio baru IKEA di Jurong Point tawar khidmat reka bentuk, ubai suai

Jan 16, 2021 | 5:30 AM
STUDIO BARU: IKEA melancarkan studio baru di pusat beli-belah Jurong Point untuk menawarkan khidmat reka bentuk, perancangan dan ubah suai. - Foto IKEA
STUDIO BARU: IKEA melancarkan studio baru di pusat beli-belah Jurong Point untuk menawarkan khidmat reka bentuk, perancangan dan ubah suai. - Foto IKEA -

PERUNCIT kelengkapan rumah IKEA telah melancarkan sebuah studio di pusat beli-belah Jurong Point, yang menawarkan khidmat reka bentuk, perancangan dan ubah suai.

Studio baru itu dibuka di bawah kerjasamanya dengan wadah reka bentuk dan renovasi berpangkalan di Singapura, Livspace.

IKEA dan Livspace menyediakan khidmat rundingan kepada pemilik rumah di Singapura sejak kerjasama mereka bermula pada akhir 2019.

Seluas 100 meter persegi, studio baru itu memaparkan bilik pameran berdasarkan reka bentuk flat tiga bilik Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).

"Kami ingin membantu lebih ramai warga Singapura mewujudkan rumah impian mereka," kata Encik Jaap Doornbos, Pengarah Runcit IKEA, Singapura dan Filipina.

"Studio perancangan IKEA bukan sekadar satu lagi kedai IKEA - ini adalah masa depan perancangan rumah yang memenuhi keperluan setiap pemilik rumah dan pelbagai bajet mereka.

"Bersama Livspace, kami berharap dapat memberikan akses dan pengalaman peribadi dengan teknologi, yang membolehkan pelanggan mencapai kediaman impian mereka," tambah beliau.

Studio perancangan IKEA itu menawarkan pakej 'siap pindah', dengan harga bermula daripada $9,900, yang termasuk pengubahsuaian dan perkhidmatan pembinaan serta perabot.

Pelanggan boleh membuat janji temu secara langsung atau dalam talian secara percuma bersama pakar pereka bentuk.

Ketua Negara LivSpace Singapura, Encik Ravindran Shanmugam, berkata pihaknya gembira dapat bekerjasama dengan jenama bertaraf dunia seperti IKEA.

"Sebagai syarikat yang mengutamakan teknologi, kami ingin merevolusikan cara reka bentuk dalaman dan pengubahsuaian yang dilakukan di Singapura, dan pelancaran ini ialah langkah pertama penting," katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg