Topik diikuti
Pergi ke BHkuSuami SINGA isteri HARIMAU
Pasangan jadi seteru apabila pasukan bola sepak S'pura dan M'sia bertemu

SATU HATI, TAPI LAIN PASUKAN: Encik Nesfu yang menyokong Singapura dan isterinya Cik Sohana yang menyokong Malaysia berharap pasukan masing-masing menang malam ini.
Suami SINGA isteri HARIMAU
WARNA merah menjadi pilihan sang suami, manakala sang isteri pula memilih warna kuning.
Hari ini, pasangan suami isteri Encik Nesfu Yusuf dan Cik Sohana Abd Halim akan menghidupkan kembali 'permusuhan' antara mereka apabila skuad bola sepak Singapura bertemu Malaysia dalam pertarungan Cabaran Causeway malam nanti.
