Suara Wanita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Suara Wanita

Mar 12, 2021 | 5:30 AM

Suara Wanita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Cik Sun Xueling
Cik Sun Xueling -

Perbualan dan perbincangan berkaitan wanita diteruskan sedang pemerintah menggiatkan usaha menyokong wanita yang terjejas oleh keganasan keluarga. Menteri Negara (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling, berkongsi antara cadangan yang telah diketengahkan semasa perbincangan kumpulan fokus berkenaan isu tersebut pada Januari lalu. Setiausaha Parlimen (Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam, pula menyentuh cabaran yang dihadapi wanita di rumah dan tempat kerja dalam satu persidangan mengenai wanita dalam bidang sains dan penjagaan kesihatan.

"Jika mereka melakukannya (keganasan) disebabkan isu mental, mereka mungkin perlu mendapatkan kaunseling... jika ada keperluan mewajibkan hal tersebut, kita mesti melihat bagaimana kita boleh menjadikannya wajib bagi mereka. Jika mereka merupakan individu yang memang menunjukkan kecenderungan kuat terhadap keganasan dan sangat berbahaya terhadap mangsa, kita mesti lihat pilihan lain yang kita ada dan memikirkan bagaimana mengasingkan pelaku itu sebelum keganasan sebenar berlaku." - Cik Sun Xueling.

"Walaupun wanita sangat dihargai, lebih banyak dapat dilakukan secara kolektif untuk memperkasa, melindungi dan menaikkan taraf wanita. Ini tidak dapat dilakukan dalam sekelip mata, terutamanya kerana anjakan pemikiran dalam masyarakat memakan masa, tetapi saya yakin kita sama-sama dapat mewujudkan Singapura yang lebih baik dan inklusif." - Cik Rahayu Mahzam.

LAPORAN PENUH:

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg