Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

The Substation ditutup sepenuhnya

Mar 3, 2021 | 5:30 AM
DITUTUP: The Substation yang dijadual untuk meninggalkan premis di 45 Armenian Street sejak ia beroperasi dari 1990 akan ditutup sepenuhnya. - Foto BH oleh NG SOR LUAN
DITUTUP: The Substation yang dijadual untuk meninggalkan premis di 45 Armenian Street sejak ia beroperasi dari 1990 akan ditutup sepenuhnya. - Foto BH oleh NG SOR LUAN -

LEMBAGA pengurusan The Substation mengumumkan semalam bahawa pusat seni kontemporari itu akan ditutup sepenuhnya selepas ia meninggalkan premisnya di 45 Armenian Street.

Keputusan yang sukar itu diambil setelah beberapa usaha dan perbincangan bersama Majlis Seni Kebangsaan (NAC) dan bersama ahli masyarakat seni setempat, menurut kenyataan The Substation semalam.

"Walaupun NAC telah menyarankan The Substation boleh kembali ke premisnya di 45 Armenian Street sebagai penyewa bersama setelah kerja pengubahsuaian selesai, NAC berkata The Substation akan menjadi antara beberapa penyewa premis itu dan tidak akan bertapak di bangunan itu sepenuhnya," ujar lembaga pengurusan pusat seni itu.

The Substation dijadual meninggalkan bangunan itu Julai ini.

Ia telah bertapak di bangunan itu sejak 1990.

NAC berkata The Substation boleh pulang ke premis itu sebagai penyewa di bawah rangka kerja bagi skim Ruang Seni namun premis itu akan dikongsi bersama kumpulan seni lain.

Namun, lembaga pengurusan pusat seni itu berpendapat The Substation akan kehilangan identiti dan warisan asasnya sekiranya ia tidak boleh menyewa bangunan di Armenian Street itu dengan sepenuhnya.

Kedua, meskipun ia kembali sebagai penyewa bersama, The Substation tidak akan berupaya mengawal beberapa kemudahan bangunan yang penting bagi operasinya seperti teater dan galeri.

Justeru, faktor-faktor ini menjejas keupayaan The Substation untuk beroperasi sebagai sebuah pusat dan inkubator seni yang bebas.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg