Premium
Suhaimi belajar sesuaikan diri, ubah rumah jadi studio
Jun 8, 2020 | 5:30 AM
RUMAH JADI STUDIO: Suhaimi Yusof 'mengorbankan' satu sudut ruang tamunya untuk dijadikan studio sebagai antara penyesuaian semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan berkuatkuasa. - Foto ihsan SUHAIMI YUSOF -
BELIAU sering membuat orang tidak kering gusi dengan gelagatnya di kaca televisyen.
Namun, apabila langkah pemutus rantaian jangkitan dilaksanakan untuk membendung penularan Covid-19 di sini, personaliti media popular Suhaimi Yusof berkata banyak persembahannya di pentas terpaksa dibatalkan dan beberapa rakaman video atau rakaman bagi rancangan televisyen juga tidak dapat diteruskan.

