Premium
Suka bantu rakan kerja baru dan lama
May 1, 2016 | 5:30 AM

-
SELAGI pihak pimpinan kesatuannya percaya dan yakin dengan kebolehannya, Encik Mohd Taufek Abdul Rahim akan terus berusaha gigih dan berkhidmat demi membantu rakan-rakan sekerjanya dalam industri pelabuhan di Singapura.
Begitulah antara prinsip hidup yang dipegang Encik Taufek, 58 tahun, sejak beliau menyertai Kesatuan Pekerja Pelabuhan Singapura (SPWU) sekitar 28 tahun lalu.

