Premium
Sukarelawan bantu galak kegiatan Bulan Bahasa
Aug 24, 2016 | 5:30 AM

SEMPENA ACARA BULAN BAHASA: Jawatankuasa Bulan Bahasa 2016 dan Anggota Parlimen GRC Jurong, Cik Rahayu Mahzam (berdiri), bersama para sukarelawan mengedarkan buku nota dan kalendar acara Bulan Bahasa 2016 kepada masyarakat umum di kawasan pasar Geyalng Serai kelmarin. - Foto TAUFIK A. KADER -
SERAMAI 23 sukarelawan termasuk dari Madrasah Al-Ma'arif Al-Islamiah dan Mendaki turun padang bagi membantu mempromosikan kegiatan Bulan Bahasa tahun ini.
Bersama pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa 2016, Cik Rahayu Mahzam, mereka menyingsing lengan mengedarkan buku nota dan kalendar acara kepada orang rami di kawasan pasar Geylang Serai pada Ahad lalu.

