Waktu kerja yang panjang dan tidak menentu merupakan antara cabaran yang dihadapi petugas barisan hadapan semasa membantu Singapura mencegah penularan wabak Covid-19. Malah, golongan ini turut menggadai nyawa mereka dan keluarga, terdedah kepada risiko jangkitan. Laporan BERITA HARIAN menyingkap cabaran dan pengorbanan petugas barisan hadapan sewaktu pandemik ini.

MENGGALAS tugas di barisan hadapan sewaktu pandemik Covid-19 merupakan satu pengorbanan besar bagi caperon perubatan bersama Palang Merah Singapura (SRC), Cik Sarbanun Ab Rahman.