Topik diikuti
Pergi ke BHkuSuku kaum Cina main peranan penting bina perpaduan sosial: Presiden Halimah
Suku kaum Cina main peranan penting bina perpaduan sosial: Presiden Halimah
Suku kaum Cina main peranan penting bina perpaduan sosial: Presiden Halimah
DEKATI MASYARAKAT: Presiden Halimah melawat galeri warisan Persekutuan Persatuan Suku Kaum Cina Singapura (SFCCA) bersama presiden badan itu, Encik Tan Aik Hock, pada 19 Disember lalu. - Foto BH oleh DESMOND FOO -
Dec 21, 2019 | 5:30 AM
PERSATUAN suku kaum Cina terus memainkan peranan penting dalam menyalurkan nilai kepada generasi muda dan membina perpaduan sosial, kata Presiden Halimah Yacob dalam satu lawatan ke persekutuan puak Cina kelmarin.
"Adalah penting bagi kita dihubungkan dengan masa silam, untuk memahami keadaan sekarang dan masa depan kita," katanya sambil menekankan keperluan untuk melibatkan golongan muda dalam pucuk pimpinan persatuan suku kaum.