Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sultan Brunei lawat RSAF

Aug 25, 2022 | 9:21 PM
Sultan Brunei (depan, dua dari kanan) diberi taklimat mengenai Sistem Peluru Berpandu Aster 30. .
Sultan Brunei (depan, dua dari kanan) diberi taklimat mengenai Sistem Peluru Berpandu Aster 30. . -

Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, menjadi tuan rumah kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, dalam satu lawatan di Pangkalan Udara Sembawang Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) tengah hari Khamis (25 Ogos). Mereka disertai Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong; Panglima Pasukan Pertahanan, Leftenan Jeneral (LG) Melvyn Ong; dan Ketua Tentera Udara, Mejar Jeneral Kelvin Khong. Di pangkalan udara itu, Sultan Brunei diberi taklimat mengenai RSAF, dan menaiki penerbangan suai kenal dalam Helikopter H225M. Beliau juga melihat paparan statik Sistem Peluru Berpandu Aster 30. Sultan Brunei berada di Singapura bagi lawatan rasmi dua hari ke negara dari 24 hingga 25 Ogos 2022.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg