Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sumbangan pekerja bertugas malam dihargai

Apr 18, 2021 | 5:30 AM
SERTAI MAJLIS BERSAHUR: Encik Ong Ye Kung makan bersama beberapa pekerja SBS Transit Ltd di Depoh Sengkang semalam menghargai pengorbanan masa dan tenaga mereka menjalankan kerja penyenggaraan kereta api pada waktu malam. - Foto FACEBOOK ONG YE KUNG
SERTAI MAJLIS BERSAHUR: Encik Ong Ye Kung makan bersama beberapa pekerja SBS Transit Ltd di Depoh Sengkang semalam menghargai pengorbanan masa dan tenaga mereka menjalankan kerja penyenggaraan kereta api pada waktu malam. - Foto FACEBOOK ONG YE KUNG -

MENTERI Pengangkutan, Encik Ong Ye Kung, menyertai beberapa kakitangan Islam di SBS Transit Ltd yang bertugas di Depoh Sengkang awal pagi semalam bagi bersembang dan sertai majlis sahur dengan mereka.

Beliau merakamkan terima kasihnya dalam catatan Facebook buat mereka yang bertugas malam, menyenggara kereta api MRT.

"Kakitangan ini baru sahaja tamat bertugas di terowong NEL. Setiap malam, mereka memulakan tugas genting menyenggara kereta api setelah khidmat MRT tamat pada dinihari. Bagi beberapa minggu sebelum ini, mereka menambah kerja keras bagi melancarkan tugas menggantikan penebat atau insulator pada sistem rangkaian wayar overhed.

"Saya bertemu beberapa peminat pasukan bola sepak Liverpool dan Manchester United - tetapi saya tidak fikir mereka dapat menonton banyak perlawanan di kaca televisyen melihat pada waktu bertugas mereka.

"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana bertugas malam menyenggara kereta api kita. Saya juga mengucapkan rakan-rakan beragama Islam, "Selamat menyambut Ramadan yang dirahmati," tulis Encik Ong lagi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg