SEPANJANG sembilan tahun lalu, Encik Saifulbahri Mohamed bukan sekadar menabur bakti selaku sukarelawan dalam Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM), beliau malah turut memberi impak mendalam melalui pelbagai usaha dan inisiatif.
Bapa seorang anak yang bertugas sebagai pengurus operasi itu baru-baru ini menyandang tugas tambahan dengan menyediakan pelan latihan dan sokongan kepada golongan sukarelawan serta pendamping dalam usaha menjayakan projek Roda-Roda Ramadan (ROW).


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg