Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gelombang jangkitan semula dijangka akhir tahun

Aug 25, 2022 | 5:30 AM
c6d82e49-b591-4105-a116-6e0a4707f3ed
-

DENGAN 70 peratus penduduk negara ini telah dijangkiti Covid-19 sejauh ini, gelombang besar penyakit itu yang akan datang mungkin bersifat gelombang jangkitan semula.

Sementara Singapura lebih berdaya tahan sekarang, negara ini perlu bersiap sedia menghadapi gelombang Covid-19 menjelang hujung tahun yang mungkin disebabkan varian membimbangkan (VOC) baru yang dapat mengelak imuniti daripada jangkitan sebelum ini, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.

Semasa sidang media Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19 semalam, beliau berkata kes jangkitan semula telah meningkat hingga membentuk sekitar 5.5 peratus daripada jumlah kes di sini bulan ini, berbanding 2 hingga 3 peratus kes pada kali terakhir beliau memberi maklumat terkini tentang kes jangkitan semula itu di Parlimen.

"Jumlah individu yang tidak pernah dijangkiti Covid-19 jauh lebih rendah sekarang dan ini bermakna... gelombang besar akan datang akan merangkumi banyak kes jangkitan semula," ujarnya.

Tambahnya, imuniti yang diperoleh hasil dijangkiti virus itu juga akan berkurangan lama-kelamaan.

Itulah sebabnya pemerintah sedang memantau jumlah kes jangkitan semula dengan rapat kerana ini akan memberi pihak berkuasa petunjuk bila gelombang seterusnya boleh berlaku, kata Encik Ong.

Menurut perangkaan, kemungkinan seseorang dijangkiti semula dengan Covid-19 lapan bulan kemudian kekal amat rendah sekitar 5 peratus berbanding individu yang tidak pernah dijangkiti Covid-19.

Encik Ong turut menarik perhatian bahawa negara di hemisfera Utara seperti Amerika Syarikat dan Eropah kini sedang bersiap sedia menghadapi gelombang musim sejuk dan kemungkinan VOC baru.

Tambahnya, Singapura juga harus bersiap sedia, dengan kemungkinan VOC baru itu dapat mengelak imuniti yang telah diperoleh daripada jangkitan sebelum ini.

Oleh itu, beliau berkata usaha persiapan Singapura harus merangkumi tiga bidang, iaitu langkah pengurusan selamat, keupayaan penjagaan kesihatan dan vaksinasi.

"Sekiranya kita dapat menangani (keupayaan penjagaan kesihatan dan vaksinasi) dengan baik, kita dapat mengelak daripda langkah pengurusan selamat yang bersifat menyekat," ujar beliau.

Pemerintah sebelum ini telah berjaya mengurangkan tekanan yang dihadapi hospital dengan menubuhkan kemudahan Kemudahan Rawatan Covid-19 (CTF) dan antara lain memindahkan pesakit berisiko rendah ke sana.

Pemerintah juga telah menubuhkan Kemudahan Penjagaan Peralihan (TCF) yang akan bermanfaat sedang Singapura hidup dengan Covid-19 sebagai endemik.

Encik Ong juga berkata Singapura akan memperluas perlindungan vaksinasinya sedang negara ini boleh menjangkakan gelombang seterusnya Covid-19 menjelang hujung tahun ini.

LIBATKAN BANYAK KES JANGKITAN SEMULA

"Jumlah individu yang tidak pernah dijangkiti Covid-19 jauh lebih rendah sekarang dan ini bermakna... gelombang besar akan datang akan merangkumi banyak kes jangkitan semula.''

ELAK PENGURUSAN SELAMAT BERSIFAT MENYEKAT

"Sekiranya kita dapat menangani (keupayaan penjagaan kesihatan dan vaksinasi) dengan baik, kita dapat mengelak daripda langkah pengurusan selamat yang bersifat menyekat.'' - Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung

Tiga senario Covid-19 yang mungkin dialami Singapura dalam beberapa bulan mendatang:

1. SINGAPURA BERJAYA ELAK GELOMBANG BARU COVID-19

Ini merupakan senario terbaik bagi Singapura dan langkah

pengurusan selamat lebih ketat tidak perlu dilaksana semula.

2. GELOMBANG AKAN DATANG MERUPAKAN SATU LAGI GELOMBANG OMICRON

Senario ini juga baik bagi Singapura kerana negara ini baru melepasi satu gelombang Omicron dan memiliki imuniti dan perlindungan yang baik terhadap satu lagi gelombang Omicron.

3. GELOMBANG VARIAN MEMBIMBANGKAN (VOC) BARU YANG DAPAT ELAK IMUNITI DARIPADA JANGKITAN SEBELUM INI

Ini senario paling buruk bagi Singapura dan sebab itulah penting bagi negara ini mempertingkat perlindungan vaksinasinya sekarang serta bersiap sedia melaksana semula langkah pengurusan selamat yang lebih ketat jika perlu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg