Topic followed successfully
Go to BHkuSurcaj teksi dari Lapangan Terbang Changi naik $3
Surcaj teksi dari Lapangan Terbang Changi naik $3
Surcaj teksi dari Lapangan Terbang Changi naik $3

SURCAJ bagi perjalanan teksi bermula dari Lapangan Terbang Changi akan dinaikkan sebanyak $3 mulai Khamis depan hingga 30 Jun, sebagai langkah menambah bekalan teksi untuk penumpang di sana.
Buat masa ini, perjalanan yang bermula dari Changi dikenakan bayaran tambahan $5 pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dari 5 petang hingga sebelum tengah malam, dan tambahan $3 pada masa-masa lain.
Bayaran tersebut akan dinaikkan kepada $8 dan $6.
Langkah itu, yang diumumkan oleh Changi Airport Group (CAG) dalam catatan Facebook pada Khamis (12 Mei), dibuat di tengah-tengah keengganan pemandu teksi untuk ke lapangan terbang bagi mengambil penumpang, walaupun terdapat peningkatan dalam perjalanan udara antarabangsa.
Pada Mac, sekitar 1.14 juta pelawat melalui Changi, kali pertama jumlah penumpang di sana mencecah paras sejuta sejak pandemik Covid-19 bermula lebih dua tahun lalu.
Bilangan penumpang yang lebih tinggi, ditambah dengan bekalan teksi yang lebih rendah, telah menyebabkan orang ramai beratur panjang menunggu teksi di lapangan terbang.

