Topik diikuti
Pergi ke BHkuSuruhanjaya lindung keperibadian warga siasat persatuan pemandu pelancong tentang pencerobohan data
-
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Mar 10, 2019 | 4:00 PM
KUMPULAN yang memantau cara maklumat peribadi warga Singapura digunakan sedang menyiasat Persatuan Pemandu Pelancong selepas maklumat peribadi milik lebih 150 anggotanya terdedah kepada awam.
Menurut akhbar The Straits Times, ia melayari laman web persatuan itu minggu lalu dan mendapati gambar, nombor kad pengenalan dan maklumat lesen memandu anggotanya boleh diambil dengan mudah.
Menjawab pertanyaan ST, jurucakap Suruhanjaya Perlindungan Maklumat Peribadi (PDPC) berkata: "PDPC sedar tentang insiden ini dan sedang menyiasat".
