SPH Logo mobile
Langgan|

Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura berkata gabungan Grab-Uber mengurangkan persaingan

Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura berkata gabungan Grab-Uber mengurangkan persaingan

Jul 5, 2018 | 3:20 PM

Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura berkata gabungan Grab-Uber mengurangkan persaingan

Gabungan Grab-Uber dianggap mengurangkan persaingan dan boleh memberi kelebihan tidak adil
Gabungan Grab-Uber dianggap mengurangkan persaingan dan boleh memberi kelebihan tidak adil -

SURUHANJAYA Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS), selepas melengkapkan sisatan, pada peringkat awal mendapati bahawa perjanjian untuk bergabung antara Grab dengan Uber telah menyebabkan 'persaingan berkurangan secara ketara' dalam wadah memanggil khidmat pengangkutan sewa-privet, kata suruhanjaya itu dalam kenyataannya pada 5 Julai.

"CCS telah melengkapkan siasatan selepas mendapatkan bukti daripada pihak terlibat dan pihak ketiga," kata CCCS dalam kenyataannya.

"CCCS, pada peringkat awal, telah mendapati bahawa urus niaga ini telah menghapuskan persaingan antara Grab dengan Uber - yang juga adalah pesaing terdekat masing-masing.

"Entiti yang diwujudkan dengan gabungan ini berkemungkinan boleh menaikkan harga dan ia telah berbuat demikian sejak melengkapkan urus niaga."

Berhubungan dengan dapatan awal ini, suruhanjaya ini juga telah mengusulkan beberapa cara untuk mengembalikan persaingan dalam pasaran dan untuk mengenakan denda kewangan ke atas pihak yang terlibat.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg