Dermasiswa bagi pelajar perubatan, pergigian naik hingga lebih $20,000
Premium
Dermasiswa bagi pelajar perubatan, pergigian naik hingga lebih $20,000
Pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah terima sokongan paling tinggi
Aug 23, 2019 | 5:30 AM
SOKONGAN LEBIH TINGGI: Pelajar perubatan dan pergigian akan menerima dermasiswa sehingga $24,700 setahun, satu kenaikan sehingga $20,700, bagi pelajar daripada keluarga bergaji rendah. -
SEKITAR 55,000 mahasiswa dan pelajar diploma Singapura akan meraih manfaat daripada dermasiswa dipertingkat pada tahun akademik depan (AY2020), dengan pemerintah bakal menyuntik tambahan $44 juta setiap tahun untuk dermasiswa itu.
Pelajar perubatan dan pergigian akan menerima sokongan paling tinggi, dengan dermasiswa pemerintah meningkat daripada sehingga $4,000 setahun kepada sehingga $24,700 setahun bagi pelajar daripada keluarga bergaji rendah.

