Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Swee Keat: Tiada bukti PM Lee salah guna kuasa

Jul 4, 2017 | 2:40 PM
Watch on YouTube

MENTERI Kewangan Heng Swee Keat, yang pernah berkhidmat sebagai setiausaha peribadi utama bagi mendiang Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew, berkata Perdana Menteri Lee Hsien Loong tidak menyalahguna kuasanya.

"Kami mendengar tiada bukti salah guna kuasa yang memerlukan penyelidikan lebih mendalam - hanya fitnah," kata Encik Heng di Parlimen, hari ini.

Beliau juga menarik perhatian bahawa 38 Oxley Road mempunyai kepentingan sejarah yang istimewa.

"Apa yang berlaku di bilik makan besmen dan di Oxley Road adalah relevan, bukan hanya bagi sejarah PAP (Parti Tindakan Rakyat).

"Tahun-tahun tersebut menandakan detik penting dalam sejarah negara - bahkan, ia merupakan permulaan bagi satu siri peristiwa yang membawa kepada kemerdekaan," kata Encik Heng.

Justeru, tambah beliau, pertimbangan untuk menentukan sebarang keputusan untuk merobohkan atau memelihara rumah tersebut, atau sebahagian daripadanya, adalah betul.

Encik Heng juga berkata apa yang mendiang Lee mahukan adalah bagi Singapura kekal berjaya melampaui masa hayat hidupnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg