Topic followed successfully
Go to BHkuSyarat baru bagi pasangan muda sebelum buat permohonan nikah
Premium
Syarat baru bagi pasangan muda sebelum buat permohonan nikah
Langkah beri sokongan lebih besar kepada pasangan muda dan perkukuh keluarga Muslim
Aug 2, 2017 | 5:30 AM
Syarat baru bagi pasangan muda sebelum buat permohonan nikah
- Foto daripada rakaman TV -
PASANGAN muda - dengan salah seorang berusia bawah 21 tahun - kini wajib melengkapkan program persediaan perkahwinan dan mendapatkan kebenaran ibu bapa sebelum membuat permohonan nikah di Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM).
Tuntutan baru yang diperkenal ini adalah sebahagian usaha memberi sokongan lebih besar kepada pasangan muda dan juga bagi memperkukuh keluarga Muslim, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Dr Yaacob Ibrahim semasa membentangkan bacaan kedua rang undang-undang Pentadbiran Undang-Undang Islam (Amla) di Parlimen semalam.

