Topic followed successfully
Go to BHkuSyarat mekar bahasa Melayu
Premium
Syarat mekar bahasa Melayu
Hawazi: Peranan guru genting bentuk jiwa pelajar cintakan bahasa
Jun 6, 2014 | 6:00 AM
Syarat mekar bahasa Melayu
PERKASA BAHASA: (Dari kiri) Pengarah Pusat Bahasa Melayu Singapura (MLCS), Encik Mohd Noh Daipi; penyampai ucap utama, Datuk Zainal Abidin Borhan; dan Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Tenaga Manusia), Encik Hawazi Daipi, yang merasmikan Seminar Bahasa Melayu 2014 di Auditorium MLCS semalam. - Foto MOHD RAMAN DAUD -
PERANAN guru bahasa Melayu (BM) kian genting dalam membentuk jiwa pelajar cintakan bahasa, selain sokongan asas ibu bapa.
Hal ini ditekankan lagi oleh Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Tenaga Manusia) Encik Hawazi Daipi, ketika merasmikan Seminar Bahasa Melayu anjuran Pusat Bahasa Melayu Singapura (MLCS) di Bishan Street 14 semalam.

