Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Syarikat beli-belah dalam talian Qoo10 memberi amaran tentang e-mel tipu

Jun 22, 2018 | 1:04 PM
E-MEL TIPU: Qoo10 berkata pasukan keselamatan ITnya telah memaklumkan kepada agensi relevan untuk menutup laman web phishing yang bertujuan memancing data pengguna itu.
E-MEL TIPU: Qoo10 berkata pasukan keselamatan ITnya telah memaklumkan kepada agensi relevan untuk menutup laman web phishing yang bertujuan memancing data pengguna itu. - Foto THE STRAITS TIMES

SYARIKAT beli-belah dalam talian Qoo10 telah memberi amaran kepada pelanggannya tentang e-mel tipu yang dihantar menggunakan nama mereka.

E-mel itu meminta penerima untuk membuat satu tinjauan dan menjanjikan ganjaran jika mereka berjaya menyelesaikannya.

Namun, ia sebenarnya bertujuan mencuri data peribadi pengguna termasuk maklumat kad kredit mereka.

Menurut Qoo10, mereka telah melaporkan hal tersebut kepada polis.

Akhbar The Straits Times turut melaporkan bahawa Qoo10 telah menghantar e-mel kepada pelanggannya Selasa lalu (19 Jun).

"Kami menasihatkan mereka untuk tidak klik pautan itu atau membuka dokumen dalam e-mel itu serta menjelaskan bahawa Qoo10 tidak akan meminta maklumat peribadi atau butiran kad kredit mereka," ujar jurucakap Qoo10.

Syarikat itu juga berkata pasukan keselamatan Itnya juga telah memaklumkan kepada agensi relevan untuk menutup laman web phishing yang bertujuan memancing data pengguna itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg