Topik diikuti
Pergi ke BHkuSyarikat HSR adakan taklimat bagi pembida projek rel KL-S'pura

Jan 24, 2018 | 5:30 AM
Syarikat HSR adakan taklimat bagi pembida projek rel KL-S'pura
KEDEDUA syarikat dari Malaysia dan Singapura bagi projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura semalam mengadakan taklimat bagi pembida tender untuk projek dua hala itu.
Menurut kenyataan bersama mereka semalam, taklimat yang berlangsung di Kuala Lumpur itu bertujuan memberikan penerangan tentang projek tersebut dan tender untuk syarikat aset (AssetsCo) itu kepada pembida yang telah mendaftar.