Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Syarikat Konsortium yang tawar khidmat bas ke M'sia ditutup secara mengejut

Feb 22, 2018 | 4:54 PM
a1728ef2-d83c-48ee-a861-3fbfe2747e8a
- Foto BH oleh JOSE HONG

SEBUAH syarikat pelancongan yang menawarkan perkhidmatan bas ke Malaysia didapati telah ditutup secara tanpa diduga hari ini.

Para penumpang yang tiba di ibu pejabat Konsortium Express & Tours yang terletak di Golden Mile Tower terkejut apabila mendapati pintunya dikunci dan lampu dimatikan, lapor akhbar The Straits Times (ST).

Syarikat itu telah menyiarkan satu notis di pintu depan pejabatnya yang menyatakan ia terpaksa ditutup kerana menghadapi "krisis kewangan" dan semua perkhidmatan telah dihentikan serta-merta.

Notis tersebut juga menasihatkan penumpang yang masih belum membuat perjalanan bersama syarikat itu untuk mendapatkan tuntutan insuran pelancongan atau ke tribunal tuntutan kecil untuk memohon bayaran balik.

"Kami ingin memohon maaf atas penutupan secara tiba-tiba ini dan kami meminta pengampunan anda," kata syarikat itu dalam notisnya lagi.

Ramai penumpang yang ingin pergi ke Malaysia dipercayai terjejas.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg