Syarikat Melayu jadi konsultan hasilkan susu tepung bayi
Premium
Syarikat Melayu jadi konsultan hasilkan susu tepung bayi
Jun 12, 2017 | 5:30 AM
KONSULTAN SUSU TEPUNG BAYI: Sufi Halal Resources Pte Ltd, yang diterajui Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cik Sakinah Mohd Sharip (kanan), dan kakaknya, Pengarah Urusan Cik Nur Kamilah, mendapat kepercayaan syarikat Yunnos Dairies menjadi konsultan menghasilkan rumusan susu tepung bayi. - Foto KHALID BABA -
SEBUAH syarikat makanan Melayu/Islam telah memperolehi kepercayaan syarikat setempat, Yunnos Dairies, untuk bertindak sebagai konsultan bagi menghasilkan rumusan susu tepung bayi bagi pasaran setempat dan luar negara.
Projek menghasilkan susu tepung bayi yang bermula dua tahun lalu itu dan bakal dilancarkan tahun ini menyaksikan kerjasama antara Yunnos Dairies dengan Sufi Halal Resources Pte Ltd, syarikat yang diterajui Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Cik Sakinah Mohd Sharip, 31 tahun; dan kakaknya, Pengarah Urusan, Cik Nur Kamilah, 33 tahun.

