Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Syarikat pelancongan mula cari pejabat baru

Nov 12, 2021 | 5:30 AM
ENCIK BADRUZZAMAN ABDUL MAJID
ENCIK BADRUZZAMAN ABDUL MAJID -

SYARIKAT Hamidah Travel and Tours baru sahaja menutup pejabatnya Ogos lalu kerana tidak tahu bila keadaan Covid-19 akan kembali pulih.

Tetapi, dengan permintaan umrah dan wisata semakin meningkat, syarikat itu kini mencari pejabat baru.

Seperti kebanyakan syarikat pelancongan lain, mereka terpaksa mengambil keputusan menutup pejabat memandangkan tidak ada pendapatan langsung dengan tiadanya umrah dan wisata sejak Covid-19 melanda hampir dua tahun lalu.

Terdapat ejen-ejen pelancongan ini yang bekerja dari rumah dan mempelbagaikan perniagaan mereka dalam bidang-bidang lain seperti menyediakan khidmat makanan, logistik dan khidmat keagamaan lain seperti akikah.

Dengan pembukaan semula sempadan antarabangsa, mereka mulai menerima permintaan lebih tinggi bagi wisata dan umrah.

"Kami baru sahaja menutup pejabat kami di Golden Landmark dua bulan lalu kerana tidak dapat menampungnya lagi.

"Kini, dengan permintaan pelancongan dan umrah yang kian meningkat, kami terpaksa mencari pejabat baru.

"Saya baru berjumpa dengan pegawai di Golden Landmark untuk menyewa pejabat baru di sini. Pejabat lama kami sudah pun disewakan kepada orang lain,'' kata pengarah Hamidah Travel and Tours, Encik Badruzzaman Abdul Majid.

Sementara itu, Ustaz Tengku Mohamad Fouzy Tengku Mahid Jumat, pemilik TM Fouzy Travel & Tours, menyatakan syarikatnya juga baru membuka pejabat di Golden Landmark kelmarin setelah menutupnya hampir dua tahun lalu.

"Alhamdulillah, kami dapat buka semula pejabat. Malah, kami baru mula buka semula kelmarin,'' kata Ustaz Tengku Fouzy.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg